Menyelak lembaran sejarah gelap umat Islam cukup menyebabkan hati kita menggigil ketakutan bercampur celaru.Tidak kurang juga daripada manusia yang menitiskan air mata dalam menyelami peristiwa-peristiwa berdarah yang tercatat pada tinta sejarah umat Islam.
Bulan Muharram adalah bulan menyatakan kebenaran dan bulan mengisytiharkan perang pada kelompok tirani.
Sunnah perjuangan dan kejayaan pada hari Asyura itu berjalan sepanjang zaman.Demikianlah yang dapat kita ketahui melalui petunjuk Hadis Nabi SAW.Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas RA katanya:
Sunnah perjuangan dan kejayaan pada hari Asyura itu berjalan sepanjang zaman.Demikianlah yang dapat kita ketahui melalui petunjuk Hadis Nabi SAW.Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas RA katanya:
Sewaktu Rasulullah SAW tiba di Madinah, baginda mendapati golongan Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Ketika ditanya tentang puasa itu, mereka menjawab: Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa AS dan kaum Bani Israel dari Firaun. Kami merasa perlu untuk berpuasa pada hari ini sebagai suatu pengagungan kami padaNya. Lalu Rasulullah SAW bersabda:
Kami lebih berhak ke atas Nabi Musa daripada kamu (dalam hal ini.)
Kemudian baginda memerintahkan para sahabat supaya berpuasa pada hari tersebut. (Hadis Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi) Kesemuanya di dalam Kitab Puasa.
Sunnah perjuangan menentang kemungkaran itu berjalan sepanjang zaman hinggalah tumpahnya darah cucunda Nabi SAW yang mulia Sayyidina Hussein.
Sebagaimana Allah SWT memberikan kejayaan kepada Nabi Musa AS pada hari itu, demikianlah 10 Muharram Allah SWT memberikan kejayaan kepada Sayyidina Hussein.
Bukankah Sayyidina Hussein itu terkorban dalam peperangan tersebut?Ya!!!Sayyidina Hussein terbunuh bahkan kepalanya dipenggal oleh tangan yang hina dan jijik.Jangan ditutup jenayah perang ini.Malulah anda untuk meminta syafaat daripada Nabi SAW sekiranya tidak mencintai cucundanya.
Bahkan jangan lupa firman Allah SWT yang bermaksud:
Bahkan jangan lupa firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) mereka yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: orang mati; bahkan mereka itu hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya"(Surah Al Baqarah:154)
Demi Allah, darah yang tumpah itu tidak sia-sia.Bahkan darah itulah yang menjadi sumbu kepada umat ini untuk menghidupkan revolusi menegakkan Islam diatas keruntuhan jahiliyyah.Bukanlah sikap umat Muhammad berdiam diri terhadap kemungkaran dan mengalah walau dengan jumlah yang sedikit.
Demi Allah, darah yang tumpah itu tidak sia-sia.Bahkan darah itulah yang menjadi sumbu kepada umat ini untuk menghidupkan revolusi menegakkan Islam diatas keruntuhan jahiliyyah.Bukanlah sikap umat Muhammad berdiam diri terhadap kemungkaran dan mengalah walau dengan jumlah yang sedikit.
Bukanlah di ruang sempit ini tempatnya untuk kita menghimpun 1001 falsafah perjuangan di Karbala.Daya tarik dan pesona kisahnya harus dikaji oleh umat Islam terutama generasi muda.Plot penceritaan, kepahlawanan pemimpin dan pengikutnya, kesucian matlamat dan segalanya tampak berbeza berbanding kisah epik peperangan yang lain.
Umat Islam adalah umat yang mencintai Nabi SAW dan Ahlul Bait.Firman Allah SWT dalam Al Quran yang bermaksud:
"Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu) terhadap keluargaku"(Surah As Syura:23)
Bahkan menjadi rukun dalam solat 5 waktu kita untuk berselawat kepada Nabi SAW dan Ahlul Bait.Imam-imam mazhab yang terkenal itu semuanya dikenali sebagai keluaran madrasah Ahlul Bait.
Imam Ahmad bin Hanbal ketika ditanya tentang hukum melaknat pembunuh Saiyidina Hussein, beliau menjawab:
"Bagaimana aku tidak melaknat orang yang dilaknat oleh Allah?"Kemudian beliau membaca firman Tuhan yang bermaksud:
"Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan, mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan dituliskan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya mata mereka."(Surah Muhammad:22-23)
Imam Abu Hanifah dan Imam Malik bin Anas, guru kepada Imam Syafie, merupakan anak murid kepada Imam Jaafar As Sadiq.Beliau merupakan cucu-cicit keturunan Rasulullah SAW, dan bersambung jurai kekeluargaan dengan Saiyidina Abu Bakar RA di sebelah ibunya.
Imam Abu Hanifah dan Imam Malik bin Anas, guru kepada Imam Syafie, merupakan anak murid kepada Imam Jaafar As Sadiq.Beliau merupakan cucu-cicit keturunan Rasulullah SAW, dan bersambung jurai kekeluargaan dengan Saiyidina Abu Bakar RA di sebelah ibunya.
Sebahagian daripada kelompok yang mengangkat slogan 'Memurnikan Aqidah dan Kembali kepada Sunnah' mungkin terlepas pandang dalam soal kecintaan kepada Ahlul Bait ini.Kita lebih mengenali 'orang lain' daripada keluarga Rasulullah SAW yang mulia.
Dunia Sunni, khususnya di Malaysia jarang mendengar riwayat kisah Saiyidatina Fatimah Az Zahra, puteri kesayangan Rasulullah SAW.Apatah lagi kisah tentang cucu baginda Saiyidina Hasan dan Saiyidina Hussein.Sedangkan anda mendakwa anda mencintai Nabi Muhammad SAW...
Cinta apa sekiranya tidak ditegakkan rukunnya?Rukun cinta itu adalah cemburu!!!Anda langsung tidak cemburu dengan kelompok Syiah yang lebih kehadapan dalam soal ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan